Aktiviti Acara Khas

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan Negara 2017

30 Mei 2017
DEWAN BBSH

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak 1438 Hijrah, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri sekali lagi tampil dan meneruskan tradisinya menghulurkan sumbangan kepada Pasukan Keselamatan Negara yang bertugas diperbatasan di dalam negara dan di luar negara. Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya diadakan bertujuan bagi membalas jasa dan pengorbanan para pejuang yang berada di segenap pelusuk negara seperti mana mereka diamanahkan untuk bertugas demi menjaga keamanan dan kesejahteraan bumi Malaysia yang tercinta ini. 

Sesungguhnya pengorbanan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh pasukan keselamatan negara tidak ternilai harganya. Walaupun tidak setimpal dengan budi yang ditabur, sumbangan yang kami berikan ini lahir dari hati yang tulus ikhlas sebagai tanda penghargaan dan kasih terhadap pengorbanan mereka. Pada tahun ini, BAKTI telah menyediakan sejumlah RM541,000. Sebanyak 49,500 kotak bungkusan akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim. YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, selaku Yang DiPertua BAKTI berkata sumbangan ini dianggap sebagai tanda ingatan ikhlas dari BAKTI dan berharap agar pasukan keselamatan negara dapat merasai secebis keriangan suasana Aidilfitri dengan meriah walaupun terpaksa bertugas. Beliau berkata setiap bungkusan yang diserahkan sebagai tanda ingatan untuk para perwira bangsa. 

Sumbangan Pasukan keselamatan tersebut disampaikan kepada Ketua Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Raja Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Pengarah APMM, Datuk Indera Zulkifli Abu Bakar. 

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, selaku Yang DiPertua BAKTI turut mengucapkan ucapan terima kasih dan selamat berpuasa di bulan Ramadan Al - Mubarak kepada pasukan keselamatan, ahli-ahli BAKTI, sukarelawan dan para pelajar universiti yang hadir bagi memeriahkan suasana Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri tersebut. 

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

033171
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
14
210
33171