Pengenalan

Acara Khas

BAKTI menganjurkan Majlis Sembah Kenal Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk memperkenalkan ahli-ahli BAKTI, sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun. 

BAKTI juga mengadakan Majlis Seribu Kenangan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 

Setiap tahun BAKTI akan meneruskan acara tradisi Majlis Pembungkusan Sumbangan Hari Raya untuk pasukan keselamatan negara. Usaha murni yang dekat di hati BAKTI ini dijalankan demi menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara yang terpaksa bertugas sepanjang Ramadan dan sambutan Hari Raya. 

Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan Negara akan diadakan susulan dari Majlis  Pembungkusan Sumbangan. Tiga pasukan keselamatan negara yang akan menerima sumbangan juadah hari raya ini adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bagi menceriakan golongan yang kurang bernasib baik sempena kedatangan  Hari Raya Aidil Fitri, BAKTI membuat sumbangan dalam bentuk pakaian dan kain. Setiap ahli BAKTI akan menerima sumbangan ini yang akan diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan di kawasan parlimen masing-masing. 

Kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak menjadi fokus penting dalam kerja-kerja amal BAKTI. Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak, BAKTI mengadakan majlis sumbangan amal, jamuan dan hiburan. Anak-anak yatim dan anak-anak kurang upaya dari pelbagai kaum menjadi tetamu istimewa dan diraikan dalam Majlis Hari Kanak-kanak yang dianjurkan. 

BAKTI menganjurkan Karnival GENEXTER sebagai satu inisiatif mendekati dan memberi peluang kepada generasi muda berinteraksi bersama pemimpin dan isteri pemimpin. Karnival ini juga menyediakan pelbagai program untuk generasi Y meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan potensi diri. 

BAKTI turut meraikan kehadiran isteri ketua negara luar sempena lawatan rasmi pemimpin sesebuah negara ke Malaysia.

 

       


Seterusnya....

Sila klik untuk mengetahui Aktiviti Acara Khas yang telah dijalankan oleh BAKTI

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

033186
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
29
210
33186