Pengenalan

Kebajikan

Kebajikan merupakan aktiviti teras yang diberikan perhatian khas oleh BAKTI. Selaras dengan matlamat penubuhannya, BAKTI memperuntukkan sebahagian besar dari dananya untuk program-program kebajikan. 

Setiap tahun Jawatankuasa Kecil Kebajikan BAKTI menganjurkan beberapa majlis seperti Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan Sambutan Deepavali di mana sumbangan kewangan diberikan kepada Rumah-rumah Kebajikan terpilih. Selain dari itu, BAKTI turut memberi sumbangan sempena Ramadan dan Perayaan Vaisakhi. 

Individu yang memerlukan bantuan rawatan penyakit atau alat bantuan pergerakan seperti kaki palsu dan motosikal orang cacat juga dibantu. 

Setiap permohonan diteliti terlebih dahulu dari segi kesahihannya dan perlu menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir. Penerima bantuan terdiri daripada:

  • Orang kurang upaya
  • Pesakit- pesakit 
  • Pusat-pusat pemulihan bagi pesakit, orang kurang upaya, penagih dadah
  • Badan-badan amal yang menawarkan rawatan dan perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak yang terlibat dalam gejala sosial 
  • Anggota Tentera dan Polis

 

 

           

 

Seterusnya....

Sila klik untuk mengetahui Aktiviti Kebajikan yang telah dijalankan oleh BAKTI

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

033187
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
30
210
33187