Logo BAKTI

Logo BAKTI

 

LOGO BAKTI LAMA

Ini adalah logo pertama yang telah digunapakai sejak tahun 1977 dan dikenali oleh semua rakyat Malaysia.

Warna yang terdapat pada lambang ini adalah warna biru, kuning dan putih iaitu warna bendera Malaysia.

Bagaimanapun lambang ini perlu diberi nafas baru bagi mencerminkan BAKTI juga berkembang dan aktiviti BAKTI juga merangkumi lebih banyak aspek yang melibatkan lebih ramai golongan masyarakat.

     
 

LOGO BAKTI BARU

Satu logo baru diperlukan bagi mencerminkan aktiviti-aktiviti dan perkembangan BAKTI secara lebih meluas. Beberapa ciri logo lama masih dikekalkan iaitu wanita membawa 1 pinggan beras dan warna Jalur Gemilang juga dikekalkan dan mempunyai tafsiran tersendiri.

Warna Merah Jambu - Kehendak dan iltizam BAKTI yang tinggi untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira batasan bangsa dan agama.

Warna Biru - Ikatan perpaduan dan permuafakatan yang tinggi dikalangan ahli-ahli.

Warna Kuning - Sifat keibuan dan kewanitaan ahli-ahli BAKTI yang sentiasa prihatin terhadap penderitaan dan kesedihan yang ditanggung oleh anggota masyarakat dan tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan.

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

027771
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
147
296
27771